Jujurkah hubungan kamu?

anef cinta
Apabila memperkatakan
mengenai hubungan
persahabatan antara
lelaki dan wanita , ramai
bertanggapan
perhubungan itu adalah
hubungan intim sepasang
kekasih , walaupun
secara kasarnya
hubungan itu tidak
mempunyai penghujung .
Tidak semestinya kawan
berlainan jantina di
anggap kekasih . Ada
lelaki yang lebih serasi
berkawan dengan wanita
dan begitulah sebaliknya.
Hubungan sebagai
sahabat ( tidak kira
jantina ) adalah
hubungan semulajadi
sesama insan kerana
lazim sahabat atau
teman karib menjadi
tempat meluahkan
perasaan gembira,
marah, tertekan dan
teman untuk menangis.
Kepercayaan kepada
sahabat untuk
menyimpan rahsia yang
dikongsi bersama
biasanya mengeratkan
perhubungan.
Bagaimana pula
hubungan anda bersama
teman – teman anda ?
Ikuti 14 kebaikan dan
keburukan di dalam
persahabatan bagi
menilai sejauh mana
keakraban perhubungan
anda :
KEBAIKAN
* Jujur di dalam
menyatakan sesuatu –
tanpa ada niat serong di
sebaliknya .
* Keikhlasan dalam
memberi bantuan .
* Bersedia untuk
membantu dari segi
kewangan atau tenaga /
peka dengan masalah
dan menjadi pendengar
yang baik untuk
menyelesaikan masalah.
* Teguran yang
membina – menyedarkan
sahabat akan kesilapan
yang dilakukannya .
* Sanggup bersusah-
payah meringankan
beban yang di tanggung
sahabat.
* Menjaga sahabat
daripada di fitnah atau di
hina.
* Sentiasa ingat-
mengingati tentang
dunia dan akhirat/
sentiasa bersabar.
* Dapat menyimpan
rahsia / walau apapun
berlaku.
* Berkongsi
kegembiraan – sentiasa
meraikannya walaupun
untuk perkara kecil.
* Sentiasa berhubung
walau jarak beribu-ribu
batu.
* Sama-sama berduka
bila salah seorang di
timpa bencana dan tidak
akan meninggalkan
sahabat keseorangan.
* Tidak membohongi
sahabat sendiri atau
menyorok sesuatu
perkara.
* Tidak bertutur kasar
walaupun sedang
marah / bertolak ansur di
dalam apa jua keadaan .
* Memaafkan
kesilapan yang berlaku
dan mengalah.
KEBURUKAN
* Bersikap hipokrit /
berpura-pura.
* ‘Menikam sahabat
dari belakang’ –
bertujuan menjatuhkan
maruahnya.
* Pentingkan diri
sendiri tanpa
menghiraukan perasaan
orang lain.
* Menjadi batu api
antara sahabat dan
pihak lain.
* Berdolak-dalih untuk
menghulurkan bantuan
baik dari segi kewangan
mahupun tenaga dan
terus menjauhkan diri
bila sahabat kesusahan .
* Memfitnahkan dan
memalukan sahabat
sendiri .
* Menggalakkan
perbuatan mungkar
tanpa perasaan bersalah.
* Menceritakan rahsia
peribadi sahabat kepada
orang lain/gosip.
* Dengki dan
berperasaan cemburu
dengan kejayaan sahabat
sendiri / tidak berpuas
hati.
* Malas berhubung
walaupun masih
menyimpan nombor
telefon.
* Mencari teman-
teman lain untuk
berhibur dan
bergembira / melupakan
teman yang pernah susah
bersama.
* Suka meninggi dan
meriakkan diri / seolah-
olah orang lain tidak
bagus.
* Ceweret yang
melampau / terpaksa
mengikut telunjuk / tidak
boleh bertolak ansur .
* Pemarah dan sukar
memaafkan kesalahan
sahabat.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s